Saturday, 31 January 2015

LATIHAN KESELAMATAN KEMALANGAN JALANRAYA


KURSUS : SKS 1012 - LATIHAN KESELAMATAN
AMALI 2 : BAB 3 LATIHAN KESELAMATAN
NAMA : MUHAMMAD AFIQ BIN ABU SAMAH
NO. PENDAFTARAN : NO1SKS14F608

LATIHAN KESELAMATAN KEMALANGAN JALAN RAYA

PENGENALAN :
  • Kemalangan jalanraya merupakan antara punca utama kematian di Malaysia. 
  • Setiap tahun hampir 6,000 kematian dilaporkan dan menyebabkan kerugian lebih RM 6 bilion ringgit. 
  • Di Malaysia 95% kemalangan jalanraya adalah disebabkan oleh kecuaian pemandu. 
  • Di antara enam faktor kemalangan, keadaan pemandulah yang paling penting, kerana memandu dalam keadaan fizikal, fikiran dan emosi yang baik boleh mengelakkan kemalangan dengan menyesuaikan diri dengan keadaan kecemasan dan juga mengelakkan diri daripada kelalaian pemandu-pemandu lain. 
  • Pemanduan berhemat ialah pemanduan yang dapat menyelamatkan anda.
  • Pemanduan berhemat adalah satu pendekatan kepada tugas pemandu apabila pengamalannya boleh mengurangkan kemalangan. 
  • Pemanduan berhemat adalah pemanduan untuk mengelakkan kemalangan akibat kesalahan pemandu- pemandu dan halangan-halangan yang lain di jalan raya. 
  • Berdasarkan maklumat daripada program ini, hanya 23% pemandu yang menggunakan talipinggang keledar sepenuh masa semasa memandu. 
  • Daripada maklumat ini juga didapati kebanyakkan pemandu tidak mematuhi peraturan had laju di jalanraya.
  • Rajah bawah menunjukkan kadar kematian dan kecederaan akibat kemalangan kenderaan komersial yang meningkat setiap tahun. 
OBJEKTIF :

Secara umumnya kursus ini adalah sebagai pendedahan kepada para peserta tentang latihan keselamatan kemalangan jalan raya.

Selain itu kursus ini dapat;

i. Mengenalpasti tahap kemalangan jalan raya.

ii. Mengkaji ciri-ciri kemalangan maut tersebut dari aspek tertentu terutamanya kawasan kemalangan, jenis perlanggaran yang berlaku dan bahagian jalan yang terlibat.

iii. Mengkaji keberkesanan kaedah-kaedah kejuruteraan yang digunakan di dalam dan luar Negara seperti US, Jepun dan sebagainya dalam menangani risiko kemalangan di jalan raya sama ada pada waktu siang atau malam.

iv. Mengkaji kesesuaian kaedah kejuruteraan yang dipraktikkan tersebut terhadap jalan raya di Malaysia.

PESERTA :

Jumlah peserta yang mengikuti kursus ini adalah seramai 110 orang terdiri daripada

i.  Pelajar-pelajar Kolej Komunuti Jempol (100 orang)

ii. Pensyarah-pensyarah SKS (10 orang)

TENTETIF PROGRAM :
Seperti LAMPIRAN 1

ANGGARAN KURSUS :
Seperti LAMPIRAN 2

CADANGAN TENAGA PENGAJAR :
PN.NOROLIZAH BINTI ABU HASSAN

PENUTUP

Kursus Latihan Keselamatan Kemalangan Jalan Raya  ini diharap dapat menjadi satu platform kepada pelajar-pelajar untuk menimba ilmu . Semoga usaha murni ini direstui dan mampu melahirkan modal insan.

Disediakan oleh;



................................................
(MUHAMMAD AFIQ BIN ABU SAMAH)
SKS 1
Tarikh :19 JANUARI 2015

Disokong oleh ;



...................................................
(NOROLIZAH BINTI ABU HASSAN)
PENSYARAH
SKS 1012-KESELAMATAN INDUSTRI
Tarikh :19 JANUARI 2015

Diluluskan oleh ;



...................................................
(PN .MAZITA BINTI AYUB)
JAWATAN TERTINGGI
KETUA JABATAN KEJURUTERAAN DAN KEMAHIRAN
KOLEJ KOMUNITI JEMPOL 
Tarikh :19 JANUARI 2015

LAMPIRAN 1

Tarikh
Masa
Aktiviti
13 MAC 2015
(SELASA)
9.00 pg - 9.30pg
Peserta pendaftaran
9.30  ptg – 3.30 ptg
Penceramah


LAMPIRAN 2

 ANGGARAN PERBELANJAAN 
Bil
Perkara
Jumlah(RM)
1.
 Bayaran Penceramah
 ( RM 200.00 x 6 jam) 
RM 200
00
2.
Bayaran Makanan & Minuman
*Penceramah/Pensyarah
 ( RM 20.00 x 12 orang) 

RM 240

00
3.
Bayaran Makanan & Minuman
*Pelajar-Pelajar
(RM8.00 x 100 orang)

RM  800

00

                                                                                      JUMLAH           RM 1240           00


No comments:

Post a Comment